KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK
Kita seringkali dihebahkan baik melalui media masa tentang ramalan berlakunya hari kiamat oleh suatu kaum di mexico iaitu Kaum Mayan yang pernah tinggal di kawasan pergunungan. Segala perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 dikaitkan terus dengan tarikh ramalan kiamat ini. Penerbit filem pun mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit sempena tahun 2012 ini bahawa dunia di ambang kehancuran. Persoalan tentang bilakah akan berlakunya hari kiamat bukan perkara baru, bahkan telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi. "Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat, katakanlah Hari Kiamat adalah urusan Allah swt". Ini menunujukkan bahawa Allah swt sahaja yang mengetahui bilakah akan berlakunya hari kiamat. Kita dilarang mempercayai kepada tenung nasib dan ramalan yang merupakan perbuatan syirik. Kita seharusnya membuat persiapan yang akan dibawa ke kehidupan akhirat yang pasti berlaku setelah kita mati.
| Japan Earthquake January 2012 |
Film 2012-End of World
|
No comments:
Post a Comment