Baru-baru ini Jemaah Surau Taman Muzaffar Syah telah meluangkan masa selama 3 hari (19-21 Januari 2013) untuk membimbing siswa yang terdiri daripada 3 orang pelajar MiCost,1 orang pelajar tahun akhir MMU (seorang mualaf 3 bulan) dan 2 orang pelajar SMK Bukit Baru. Pusat bimbingan ini bertempat di Surau Kg. Padang Jambu di Bukit Baru, Melaka. Para pelajar ini hanya perlu meluangkan masa satu hari setengah untuk program ini memandangkan mereka masih menuntut dan perlu mengulangkaji pelajaran.
Tentatif program bimbingan pada hari pertama ini adalah seperti berikut:
9.00 pg Bayan nasihat
10.00 pg Bertolak ke surau yang ditetapkan
10.30 pg Tiba di lokasi, buat briefing di perkarangan surau dalam 3 minit beserta doa masuk kg
10.40 pg Solat tahiyyatul masjid
10.50 pg Adab mesyuarat dan berlakunya Mesyuarat penyusunan program
11.10 pg 2 orang ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk jemaah
11.10pg Bacaan taklim (kitab fadhail amal), Halkah Tajwid dan Muzakarah 6 sifat sahabat Nabi
1.00 tghr Persiapan Solat Zuhur dan solat Zuhur
1.50 ptg Penerangan pengenalan kedatangan jemaah ke surau selepas solat
2.00 ptg Muzakarah Adab Harian
2.30 ptg Makan Tengahari secara berjemaah
3.30 ptg Rehat
4.15 ptg Persiapan Solat Asar dan solat Asar
5.00 ptg Penerangan Kepentingan Dakwah
5.20 ptg Program DTI (dakwah, taklim & istiqbal)-pusing sekitar kg dan mengimarahkan surau
5.45 ptg Minum petang
6.15 ptg Adab Ziarah dan ziarah secara umum
7.05 mlm Berdoa di surau
7.10 mlm Persiapan Solat Maghrib dan solat Maghrib
7.50 mlm Majlis Fikir atas Iman & Amal
8.30 mlm Persiapan Solat Isyak dan solat Isyak
9.00 mlm Makan Malam secara berjemaah
10.00 mlm Taklim akhir (Kisah para sahabat nabi) dan adab tidur
11.00 mlm Lampu dimatikan dan Tidur
5.00 pg Bangun Pagi dan Solat Tahajjud
6.00 pg Persiapan Solat Subuh dan Solat Subuh
6.20 pg Kuliah Subuh (6 Sifat Sahabat Nabi)
7.30 pg Sarapan Pagi secara berjemaah dan Rehat
9.30 pg Mesyuarat
Impak program:
1. Proses bimbingan bertempat di surau amat berkesan dalam menerapkan nilai murni Islam
2. Pengisian program meliputi aspek iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong kebaikan).
3. Pendekatan pengamalan aspek iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong) secara praktikal
4. Mendekati masyarakat setempat melalui program ziarah dan menjemput mereka untuk mengikuti program surau
5. Menggalakkan masyarakat setempat prihatin untuk mengambil bahagian dalam program bimbingan di surau di masa akan datang yang mensasarkan penerapan iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong dalam kebaikan).
Rumusan:
Program bimbingan di surau atau masjid ini berdasarkan amalan para sahabat nabi yang selari dengan saranan pihak agama islam di Malaysia yang memfatwakan agar perkembangan program ini tidak perlu disekat dan perlu diteruskan untuk diaplikasikan di seluruh negara.