Thursday, 1 February 2018

Tuesday, 22 January 2013

Program Bimbingan di Surau

Baru-baru ini Jemaah Surau Taman Muzaffar Syah telah meluangkan masa selama 3 hari (19-21 Januari 2013) untuk membimbing siswa yang terdiri daripada 3 orang pelajar MiCost,1 orang pelajar tahun akhir MMU (seorang mualaf 3 bulan) dan 2  orang pelajar SMK Bukit Baru. Pusat bimbingan ini bertempat di Surau Kg. Padang Jambu di Bukit Baru, Melaka. Para pelajar ini hanya perlu meluangkan masa satu hari setengah untuk program ini memandangkan mereka  masih menuntut dan perlu mengulangkaji pelajaran.

Tentatif program bimbingan  pada hari pertama ini adalah seperti berikut:


9.00 pg         Bayan nasihat
10.00 pg       Bertolak ke surau yang ditetapkan
10.30 pg       Tiba di lokasi, buat briefing di perkarangan surau dalam 3 minit beserta doa masuk kg
10.40 pg       Solat tahiyyatul masjid
10.50 pg      Adab mesyuarat dan berlakunya Mesyuarat penyusunan program
11.10 pg       2 orang ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk jemaah
11.10pg        Bacaan taklim (kitab fadhail amal), Halkah Tajwid dan Muzakarah 6 sifat sahabat Nabi
1.00 tghr      Persiapan Solat Zuhur dan solat Zuhur
1.50 ptg        Penerangan pengenalan kedatangan jemaah ke surau selepas solat
2.00 ptg       Muzakarah Adab Harian
2.30 ptg       Makan Tengahari secara berjemaah
3.30 ptg       Rehat
4.15 ptg        Persiapan Solat Asar dan solat Asar
5.00 ptg        Penerangan Kepentingan Dakwah
5.20 ptg        Program DTI (dakwah, taklim & istiqbal)-pusing sekitar kg dan mengimarahkan surau
5.45 ptg        Minum petang
6.15 ptg        Adab Ziarah dan ziarah secara umum
7.05 mlm       Berdoa di surau
7.10 mlm       Persiapan Solat Maghrib dan solat Maghrib
7.50 mlm       Majlis Fikir atas Iman & Amal
8.30 mlm       Persiapan Solat Isyak dan solat Isyak
9.00 mlm       Makan Malam secara berjemaah
10.00 mlm     Taklim akhir (Kisah para sahabat nabi) dan adab tidur
11.00 mlm     Lampu dimatikan dan Tidur
5.00 pg          Bangun Pagi dan Solat Tahajjud
6.00 pg          Persiapan Solat Subuh dan Solat Subuh
6.20 pg          Kuliah Subuh (6 Sifat Sahabat Nabi)
7.30 pg          Sarapan Pagi secara berjemaah dan Rehat
9.30 pg          Mesyuarat


 Impak program:

1. Proses bimbingan bertempat    di surau amat berkesan dalam menerapkan nilai murni Islam
2. Pengisian program meliputi aspek iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong kebaikan).
3. Pendekatan pengamalan aspek iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong) secara praktikal
4. Mendekati masyarakat setempat melalui program ziarah dan menjemput mereka untuk mengikuti program surau
5. Menggalakkan masyarakat setempat prihatin untuk mengambil bahagian dalam program bimbingan di surau di masa akan datang yang mensasarkan penerapan iman, ilmu, ibadat, khidmat (tolong - menolong dalam kebaikan).


Rumusan:
Program bimbingan di surau atau masjid ini berdasarkan amalan para sahabat nabi yang selari dengan saranan pihak agama islam di Malaysia yang memfatwakan agar perkembangan program ini tidak perlu disekat dan perlu diteruskan untuk diaplikasikan di seluruh negara.



Saturday, 22 December 2012

Generasi Y : KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PE...

Generasi Y : KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PE...: KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK Kita seringkali dihebahkan baik melalui media masa tentang ramalan ber...

KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK

KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK

Kita seringkali dihebahkan baik melalui media masa tentang ramalan berlakunya hari kiamat oleh suatu kaum di mexico iaitu Kaum Mayan yang pernah tinggal di kawasan pergunungan. Segala perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 dikaitkan terus dengan tarikh ramalan kiamat ini. Penerbit filem pun mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit sempena tahun 2012 ini bahawa dunia di ambang kehancuran.  Persoalan tentang bilakah akan berlakunya hari kiamat bukan perkara baru, bahkan telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi. "Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat, katakanlah Hari Kiamat adalah urusan Allah swt". Ini menunujukkan bahawa Allah swt sahaja yang mengetahui bilakah akan berlakunya hari kiamat. Kita dilarang mempercayai kepada tenung nasib dan ramalan yang merupakan perbuatan syirik. Kita seharusnya membuat persiapan yang akan dibawa ke kehidupan akhirat yang pasti berlaku setelah kita mati.

Japan Earthquake January 2012
Film 2012-End of World