Saturday, 22 December 2012

Generasi Y : KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PE...

Generasi Y : KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PE...: KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK Kita seringkali dihebahkan baik melalui media masa tentang ramalan ber...

KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK

KIAMAT - PERCAYA PADA RAMALAN KAUM MAYAN ADALAH PERBUATAN SYIRIK

Kita seringkali dihebahkan baik melalui media masa tentang ramalan berlakunya hari kiamat oleh suatu kaum di mexico iaitu Kaum Mayan yang pernah tinggal di kawasan pergunungan. Segala perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 dikaitkan terus dengan tarikh ramalan kiamat ini. Penerbit filem pun mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit sempena tahun 2012 ini bahawa dunia di ambang kehancuran.  Persoalan tentang bilakah akan berlakunya hari kiamat bukan perkara baru, bahkan telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi. "Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat, katakanlah Hari Kiamat adalah urusan Allah swt". Ini menunujukkan bahawa Allah swt sahaja yang mengetahui bilakah akan berlakunya hari kiamat. Kita dilarang mempercayai kepada tenung nasib dan ramalan yang merupakan perbuatan syirik. Kita seharusnya membuat persiapan yang akan dibawa ke kehidupan akhirat yang pasti berlaku setelah kita mati.

Japan Earthquake January 2012
Film 2012-End of World

KURSUS PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN KENDERAAN RINGAN


Pada 26 hingga 29 November 2012, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka dengan kerjasama anak syarikat Telekom Malaysia iaitu TMFA Sdn Bhd telah menganjurkan kursus Penyelenggaraan Hawa Dingin Kenderaan Ringan. Lokasi kursus yang julung-julung kali diadakan ini bertempat di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Kursus ini meliputi teori dan amali yang dilaksanakan berdasarkan keperluan agensi bagi melatih mekanik dengan kemahiran penyelenggaraan sistem hawa dingin. Kursus ini mendedahkan rahsia bagi mengatasi kos penyelenggaraan yang tinggi kepada vendor disebabkan kurang pengetahuan tentang kerosakan komponen hawa dingin.





Peserta kursus sedang mengisi gas hawa dingin