Saturday, 22 December 2012

KURSUS PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN KENDERAAN RINGAN


Pada 26 hingga 29 November 2012, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka dengan kerjasama anak syarikat Telekom Malaysia iaitu TMFA Sdn Bhd telah menganjurkan kursus Penyelenggaraan Hawa Dingin Kenderaan Ringan. Lokasi kursus yang julung-julung kali diadakan ini bertempat di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Kursus ini meliputi teori dan amali yang dilaksanakan berdasarkan keperluan agensi bagi melatih mekanik dengan kemahiran penyelenggaraan sistem hawa dingin. Kursus ini mendedahkan rahsia bagi mengatasi kos penyelenggaraan yang tinggi kepada vendor disebabkan kurang pengetahuan tentang kerosakan komponen hawa dingin.





Peserta kursus sedang mengisi gas hawa dingin


2 comments:

  1. Kolej akan melaksanakan kursus berdasarkan permohonan berkumpulan min 15 orang untuk agensi atau persatuan komuniti.







    ReplyDelete
  2. sesiapa yang ingin bertanya tentang kursus pendek sila join blog ini

    ReplyDelete